04 March 2016

THE BOY INSIDE OF ME ^_^



 Assalamualaikum...
emmm... kalo dilihatkan kepada gambar yang tertera, memang sah itu robot.... hahahaha

kenapa timbul isu robot???
haaa.. ni aku nak story ckit..

semenjak dari kecil lagi aku selalu terpana dengan robot...
baik dari cerita kartun dalam TV atau permainan.... memang tak sah kalau tak tengok... silap-silap boleh merajuk menangis duduk dalam stor sbb tak dapat tengak kartun tu. ntah...
naluri kanak-kanak kot... lagi2 kalo pegi bandar (maklumla, aku ni org kampung pedalaman... hehehehe) memang tak sah kalo tak singgah kedai mainan. kalo tak dapat beli pun, dapat tengok je pun jadi lah. sebab aku faham, mase tu mak bapak bukan orang senang. Kebanyakan barang-barang mainan yang ade kat rumah, hasil dari buatan sendiri. Yang paling aku sayang betul-betul adalah lego yang ayah belikan. bukan macam lego yang lego movie tu. lego tu semua bentuk yang sama (segi empat tepat) lepas tu kat atas ade 8 punat (ntah ape name benda tu, hantam saja lahhhh...). satu bungkus ade 50 biji. harga dalam RM3.50 (dah kire mainan mahal mase tu). itu la yang aku selalu main... mcm2 aku buat... sampan, kereta, kapalterbang ect...

tapi sekarang, masih lagi mempunyai minat yang sama...suka robot
lagi-lagi bila dah kerja, jadi sumber pendapatan alhamdulillah xde masalah sangat.
tetapi tetap berpada-pada mambeli... beli bila rasa perlu je...
banyak gak koleksi kat rumah..
kalo nak jualkan, ade tak orang beli ye??
hihihi...



30 July 2012

MERENUNG SEJENAK...


Assalamualaikum...
malam ini adalah merupakan malam yang kesebelas umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia pada tahun ini, tahun 1433H/2012M. Hampir-hampir tak terasa bertapa pantasnya masa berlalu, terutama pada bulan Ramadan tahun ni. Rasanya baru semalamkita menyambut awal Ramadan. Sungguh, peredaran masa akan bergerak begitu pantas. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sesaat.

Jadi, timbul persoalan pada diri kita sendiri....
"Apakah yang telah kita lakukan dengan nikmat umur yang telah Allah SWT berikan secara percuma ini?"
"Apakah kita berjaya memanfaatkan dunia dan seluruh isinya untuk dijadikan bekal bagi kegunaan kita di akhirat kelak?"
"Adakah kita sudah berpuas hati dengan segala kebaikan yang telah kita lakukan, dan mengharap agar Allah SWT memberikan kita ganjaran Syurga-Nya?"
"Apakah kita pastibahawa kita tidak akan dimasukkan ke dalam NerakaAllah SWT?"

Ya Allah,sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu Ya Allah, tapi aku tidak pula sanggup menghadapi api neraka-Mu Ya Allah... Ampunkanlah hamba-Mu yang dhaif lagi hina ini.... Amin Ya Rabbal 'Alamin...


24 July 2012

LUASNYA NERAKA


LUASNYA NERAKA


Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Sekadar perkongsian di bulan Ramadhan yang berkat ini...

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


LUASNYA NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor

ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta

mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai

70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda: 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. '

25 October 2011

(^_^) Bahasa Serawak Gik Kita!!!!


Assalamualaikum...
Lamak dah sik nulis dalam blog tok. Paling last ariya lekak raya. Hemmm... nang pemalas la...
hehehehe
Asalnya nang sik suka nulis pun dari dolok gik. Bait nya dalam buku ka, dalam kertas ka, dalam pc ka... bak kata urang tua, nang merinsak koh mun nak nulis dalam 'deari-deari' tok. hehehehe
Tapi, nok pelik nya, suka gilak2 mun nulis nota k belajar. Kacak2 gik nota dipolah ya. Rona-roni jak kale dalam nya... suk mata ku nangga... hehehehe
Sedar sik sedar dah 3 taun di Labuan tok. Nak dikata sekejap jak rasa, sik la juak. Nak dikata lamak, sik la juak. Sedang2 jak.
Mun nak tauk, rah Labuan tok, sik la banyak gilak tempat best. Antara Labuan ngan Kota Kinabalu, suka gik pegi KK. Tapi ya lah tek, nak megi cnun ya nang lamak.
Tapi, at least setiap tempat, ada juak kekurangan n kelebihannya nak?
hehehehe...
Ok, InsyaAllah entri baru lak nak cerita ngan ktkorg nok pa nak best rah Labuan tok.
Tunggu jak kho seya... ^_^

09 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum...
Tak terasa dah hampir seminggu lebih Syawal berlalu. Kalo masa mula2 puasa dulu, bukan main lagi kejakunan menunggu kedatangan Syawal... lebih2 lagi di supermarket n pasaraya. Baru puasa kedua, dah start pusing2 lagu raya...
Huhuhu... untuk rakan2, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H. Mudah2an segala amalan yang kita laksanakan pada Ramadhan yang lepas akan menambahkan lagi keimanan kita dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelum Ramadhan.
Raya2 jugak, tapi jangan biarkan apa yang kita usahakan sepanjang Ramadhan yg lepas menjadi sia2 disebabkan kerakusan nafsu kita menyambut Syawalyg mendatang...
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 August 2011

HIKMAH PUASA DAN QIAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS

Ramadhan merupakan suatu hadiah dan anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu:
(1) Glukos Darah Tinggi
(2) Tekanan Darah Tinggi
(3) Lipid Darah Tinggi Dan
(4) Lebih Berat Badan Atau Obesiti

Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.

( Oleh : Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid, Mantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia )

04 August 2011

BATUK...BATUK...BATUK.....



Alhamdulillah, dah masuk puasa yang ke-4 hari ni. Bulan Ramadhan semakin berlalu. Adakah kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan sebaik yang mungkin? Satu persoalan yang hanya dapat dijawab oleh tuan punya badan.

Semenjak dari permulaan puasa sehingga sekarang, asek batuk je... mungkin sebab perubahan cuaca yang berlaku di pulau ni. Kedatangan Ramadhan di Labuan tahun ni disambut dengan cuaca yang amat panas. Sesuai dengan pengertian Ramadhan itu sendiri yang membawa maksud musim panas. Tapi, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak berpuasa. huhuhu

Batuk tetap batuk. Tapi puasa mesti ditunaikan.

Kepada rakan2 sekalian, jaga kesihatan sepanjang menjalani ibadah yang mulia ini.