25 October 2011

(^_^) Bahasa Serawak Gik Kita!!!!


Assalamualaikum...
Lamak dah sik nulis dalam blog tok. Paling last ariya lekak raya. Hemmm... nang pemalas la...
hehehehe
Asalnya nang sik suka nulis pun dari dolok gik. Bait nya dalam buku ka, dalam kertas ka, dalam pc ka... bak kata urang tua, nang merinsak koh mun nak nulis dalam 'deari-deari' tok. hehehehe
Tapi, nok pelik nya, suka gilak2 mun nulis nota k belajar. Kacak2 gik nota dipolah ya. Rona-roni jak kale dalam nya... suk mata ku nangga... hehehehe
Sedar sik sedar dah 3 taun di Labuan tok. Nak dikata sekejap jak rasa, sik la juak. Nak dikata lamak, sik la juak. Sedang2 jak.
Mun nak tauk, rah Labuan tok, sik la banyak gilak tempat best. Antara Labuan ngan Kota Kinabalu, suka gik pegi KK. Tapi ya lah tek, nak megi cnun ya nang lamak.
Tapi, at least setiap tempat, ada juak kekurangan n kelebihannya nak?
hehehehe...
Ok, InsyaAllah entri baru lak nak cerita ngan ktkorg nok pa nak best rah Labuan tok.
Tunggu jak kho seya... ^_^

09 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum...
Tak terasa dah hampir seminggu lebih Syawal berlalu. Kalo masa mula2 puasa dulu, bukan main lagi kejakunan menunggu kedatangan Syawal... lebih2 lagi di supermarket n pasaraya. Baru puasa kedua, dah start pusing2 lagu raya...
Huhuhu... untuk rakan2, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H. Mudah2an segala amalan yang kita laksanakan pada Ramadhan yang lepas akan menambahkan lagi keimanan kita dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelum Ramadhan.
Raya2 jugak, tapi jangan biarkan apa yang kita usahakan sepanjang Ramadhan yg lepas menjadi sia2 disebabkan kerakusan nafsu kita menyambut Syawalyg mendatang...
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 August 2011

HIKMAH PUASA DAN QIAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS

Ramadhan merupakan suatu hadiah dan anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu:
(1) Glukos Darah Tinggi
(2) Tekanan Darah Tinggi
(3) Lipid Darah Tinggi Dan
(4) Lebih Berat Badan Atau Obesiti

Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.

( Oleh : Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid, Mantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia )

04 August 2011

BATUK...BATUK...BATUK.....



Alhamdulillah, dah masuk puasa yang ke-4 hari ni. Bulan Ramadhan semakin berlalu. Adakah kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan sebaik yang mungkin? Satu persoalan yang hanya dapat dijawab oleh tuan punya badan.

Semenjak dari permulaan puasa sehingga sekarang, asek batuk je... mungkin sebab perubahan cuaca yang berlaku di pulau ni. Kedatangan Ramadhan di Labuan tahun ni disambut dengan cuaca yang amat panas. Sesuai dengan pengertian Ramadhan itu sendiri yang membawa maksud musim panas. Tapi, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak berpuasa. huhuhu

Batuk tetap batuk. Tapi puasa mesti ditunaikan.

Kepada rakan2 sekalian, jaga kesihatan sepanjang menjalani ibadah yang mulia ini.

03 August 2011

MENU HARI INI????




ASSALAMUALAIKUM

Selamat berpuasa untuk hari yang ke-3. Alhamdulillah... Agak-agaknye petang ni nak berbuka dengan ape ye? Kalau saya, biasanya tak banyak. Air tebu, pizza, speghetti, aiskrim, nasi kerabu, soto makasar, roti john, air bandung, ayam golek, mi goreng, kebab & puding...

hohohohohoho...... ^__^

02 August 2011

BILA RAMADHAN.... IA TUMBUH BAGAI CENDAWAN!!!

Lazimnya kalau tiba je bulan Ramadhan, semua orang akan bercakap tentang satu perkara. Iaitu...

BAZAR RAMADHAN!!!
Semalam sebelum pergi membuat cerapan bulan, sempat jugak merewang-rewang ke bazar Ramadhan dengan member cerapan. Tujuannya, ofkos la nak beli barang sungkai(berbuka).
Dengan keadaan panas terik bagai terbakar kulit, kami gagahkan jua untuk meredah lautan manusia yang mempunyai satu niat yang sama.
Dalam sibuk-sibuk membeli, sempat jugak tangan ni gatal nak tekan butang snap. Macam-macam ada kat Bazar Ramadhan. Ayam golek, kuih-muih, nasi dagang, nasi kerabu, laksam... semua ada!!!
Tapi peringatan kepada rakan-rakan yang berkunjung ke bazar tu, membeli memang boleh, tapi jangan sampai membazir. Belilah sekadar cukup untuk kita atau keluarga berbuka. Kan membazir itu amalan syaitan....

Renung-renungkan dan SELAMAT BERPUASA!!! ^__^

01 August 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN



AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!!!
Mungkin itu adalah merupakan ucapan yang seringkali kita dengar semenjak semalam hingga sekarang…
Ramadhan menjelang lagi!! Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah mengizinkan diri ini untuk bersua dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.
Semalam kitorang telah membuat cerapan Rasmi Hilal Ramadhan. Tapak cerapan untuk Wilayah Persekutuan Labuan adalah di Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL). Boleh dikatakan itu adalah merupakan tempat yang paling tinggi di seluruh pulau Labuan ni.
Ramai orang yang datang untuk menyaksikan sendiri proses cerapan dilakukan, jenis data yang digunakan dan yang paling penting ramai yang datang kerana untuk menyaksikan bagaimana rupa bentuk anak bulan tersebut.
Secara keseluruhannya cuaca baik dan kurang berawan. Tapi malangnya daripada rekod rasmi, hilal tidak kelihatan.
Tapi apepun, tahniah kepada mereka yang telah berusaha keras untuk memastikan perjalanan majlis ini lancar dan tanpa sebarang masalah.
Kita layan dulu detik yang sempat dirakam semalam...
SWOOSHH!!!











29 July 2011

BOLA OH BOLA..... SI SINGA BERPURA_PURA!!!



BOLA OH BOLA!!!

Semalam berkesempatan la jugak sama2 member tengok bola... MALAYSIA lwn SINGAPURA

minat jugak ngan bola ni... dulu mase skolah pun ade gak main bola. tapi tak la seaktif member2 yang hardcore... sekadar main suke2 jek...

time tgk match tu memang sakit hati sgt2 dgn kedua2 team... Harimau Malaya die punye main ok, tapi lemah kat bahagian midfield (pemain tengah). selalu jek bolos pertahanan..

Singapura plak, asek2 kalo kene bentes sikit, jatuh mengelupur... pas tu buat2 sakit macam sakit nak mati... tensen btol...
tapi apepun, tahniah buat Team Harimau Malaya sbb berjaya main dengan penuh semangat n bermaruah...
tabik springg sama korang!!
keep up the good work, konsentrate untuk sukan olimpik ni.

PROUD TO BE MALAYSIAN!!!
AUMMM!!!



28 July 2011

MY NEW D3100

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah SWT masih lagi memberikan kesempatan untuk terus hidup dan berbakit di bumi bertuah ini...
beberapa perkara yang besar telah berlaku dalam kehidupan saya semenjak kebelakangan ni...


tapi ape yang pasti, saya dah dapat gajet yang saya idamkan!!! hohoho....

Ini adalah beberapa shot gambar yang telah saya ambik... semuanya unedited. cuma saya adjust2 ape yang patut kat kamera tu untuk jadikan gambar tu cantik... so, jom!!!

Testing-testing... 3....2....1... SNAP!!!





11 May 2011

HADIAH TERAKHIR

"Bang... mari tengok apa yang ummi bawa ni".
Ustaz muda yang tengah tenggelam dalam pembacaannya itu menoleh separuh terkejut. Isterinya menghampirinya seraya menghulurkan sebungkus plastik hitam berisi kotak. Sejenak dia memandang isterinya dengan penuh tanda tanya, semestara isterinya hanya tersenyum kecil membalas pandangan suamunya yang tercinta.
"Apa ni ummi"
"Untuk abanglah... bukaklah tengok apa kat dalam tu".
Segera ia membuka bungkusan itu dengan penuh rasa rasa ingin tahu. Sepasang sandal kulit baru. Tertegun ia sejenak.
"Ummi tengok sendal abang dah buruk benar. Sebab itu ummi belikan yang baru ni. Nanti abang pakailah masa solat Hari Raya Korban ni... yea bang..." kata isterinya dengan mata bersinar penuh harapan.
Tersentak rasa hatinya... rasa haru menyusup kesegenap jiwa sudut jiwanya. Dalam keadaan ekonomi yang sebegini, isterinya masih sempat memperuntukkan wang untuk membelikan sesuatu yang memang sangat dia perlukan. Sandalnya memang sudah masanya untuk diganti. Sudah dua kali ia terputus. Yang terakhir, waktu ia memakainya kelmarin, tali sandalnya yang kanan hampit terputus.
Terpaksalah dia menjinjit sandal itu dan pulang dengan kaki kanannya berkaki ayam. Padahal, waktu itu panas terik dan Ya Allah, panasnya sampai terasa hampir melepuh telapak kakinya. Keinginan untuk menggantikan dengan yang baru memang ada, tetapi ia singkirkan sementara.
Takpe.. masih boleh dibaiki... gumamnya sendiri. Tetapi sebetulnya bukan itu sebab utamanya, melainkan kerana masalah kewangannya yang belum ada. Banyak lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi. Apatah lagi saat ini mereka sedang menantikan kehadiran anak pertama. Isterinya sedang hamil sembilan bulan.. cuma menantikan harinya.
"Baguskan ummi.. tentu mahalkan.."
"Jangan fikirkan soal harganya, takde salahnyakan sekali sekala membelikan sesuatu yang terbaik untuk abang".
"Terima kasih yea ummi..." katanya gembira sambil memeluk isterinya penuh kasih.

Ustaz muda itu merasa tidak tenteram. Masuk hari ini, sudah 7 hari isterinya ditahan di wad. Menurut doktor keadaan isterinya sangat lemah dan dikhuatiri akan menghadapi masalah pada saat melahirkan nanti. Pagi tadi air ketubannya pecah dan sedari pagi ia tidak berganjak dari sisi isterinya. Hatinya berdebar kencang tidak menentu. Apabila ia menatap wajah isterinya, batinnya tersentuh haru. Isterinya terbaring lemah, matanya terpejam rapat, nampak kurus dan pucat. Berbeza dengan tudung labuh berwarna biru cair yang dipakainya.
"Tapi kau masih tetap nampak cantik, Mi.." bisik hatinya.

Sementara itu sayup-sayup terdengar suara takbir dikumandangkan. Tiba-tiba isterinya membuka mata.. Senyumannya menghiasi wajahnya bila terlihat sang suami disisi.
"Pukul berapa sekarang bang?... tanya isterinya lirih.
"Hampir pukul 12. Macammana keadaanmu, Ummi?".
"Tak sabar rasanya nak dengar tangisan anak kita bang...".
"Sabarlah... InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar".
"Amin..." jawab isterinya lemah.
"Bang, esok Hari Raya Aidiladha kan ?".
"Ya.. tu suara takbir kedengaran".
"Sebaiknya abang bali dulu, berehat dirumah. Esokkan abang kena beri khutbah Hari Raya. Jangan risau tentang Ummi. Abang pun kena jaga kesihatan... kurang tidurkan sejak akhir-akhir ni, nanti abangpun jatuh sakit".
"Abang rasa abang nak gantikan orang lain jagi Khatib esok, abang akan beritahu Pengerusi Masjid pagi esok mengenai hal ni... penggantinya pun dah ada".
"Jangan bang.... Ummi minta tolong bang, jangan batalkan..".
"Tapi macammana Ummi?".
"Jangan risau tentang Ummi. Seperti yang abang katakan tadi, insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Ummi pun dah rasa sihat sikit. Ummi harap abang tetap dapat melaksanakan tanggungjawab abang dengan baik. Ummi akan kecewa kalau abang batalkan.".
"Tapi, siapa akan menjaga Ummi?".
"Bukan ke semua telah kita serahkan kepada Allah S.W.T.. dialah sebaik-baik penjaga dan pemelihara makhluknya".
"Baiklah". Ustaz muda itu akhirnya mengalah.
"Alhamdulillah. . doakan anak kita sihat dan selamat ye bang..".
"Sudah tentu Ummi".
"Satu lagi bang... sandal yang Ummi belikan tu pakai esok yea...". Dia hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Mata isterinya yang berkelopak cengkung itu kembali bersinar. Hanya tinggal beberapa orang jamaah yang masih berada di masjid itu. Ustaz muda itu merasakan sesuatu yang sejuk meresap dalam hatinya. Kegelisahan yang sejak beberapa hati lalu terasa mencengkam, enggang menyingkir dalam dirinya, kini hilang dan terasa ringan beban fikirannya. Doanya khusyuk dan apabila ia berdoa khusus untuk isterinya dan bayi yang bakal lahir, tanpa terasa matanya basah. Basah oleh kedamaian yang menguasai jiwanya. Kemudian dia bangkit perlahan-lahan. Suasana perkarangan masjid telah sepi. Ketika dia melangkah keluar, tertegun sesaat lamanya.
Eh, mana sandalku?.
Sibuk dia mencari di segenap sudut. Tadi dia pasti meletakkan sandalnya di sini, di sudut ini. Tapi tiada pula. Yang tinggal hanya 3 pasang selipar yang telah buruk.
"innalillahi wa inna ilaihirajiu'un." Gumamnya lirih setelah beberapa lama mencari tanpa hail.
" Ada apa ustaz?". Tanya salah seorang AJK masjid yang kebetulan berada tidak jauh darinya.
"Saya cari sandal saya.. tak jumpa lagi. Tadi rasanya saya letak di sini, mungkin tertukar...".
"Jenama apa sandalnya".
"Sandal kulit, masih baru. Baru sekali ni pakai".
"Itu bukan tertukar ustaz, tapi sengaja ditukar. Kemungkinan besar tak dapat balik ni ustaz".
Ustaz muda itu hanya dapat manarik nafas panjang.
Takde rezeki. Bukan miliknya... gumamnya sekadar menghiburkan hati. Kesedihannya bukan kerana hilangnya sandalnya itu tetapi lebih tertuju kepada isterinya. Bagaimana bersinarnya mata isterinya ketika memberikan sandal itu dan meminta untuk memakainya pada solat Aidul Adha ini tergambar kembali dengan jelas. Rasanya tak sanggup ia menatap wajah teduh isterinya nanti ketika ia menjelaskan bagaimana nasib sandal pemberiannya itu. Paling tidak, isterinya pasti hanya akan tersenyum nipis sambil mengucapkan pasrah
"Takpe... lain kali kalau ada rezeki lebih, InsyaAllah kita beli lagi".
Tapi justeru itulah yang akan membuatkannya tidak sampai hati. Ketika dia sampai di depan hospital, pakciknya telah ada di sana , menyambutnya lalu mengajaknya duduk di bangku panjang. Perasaannya tidak menentu. Dari tutur kata dan sikapnya, ia mempunya firasat bahawa sesuatu telah terjadi kepada isterinya. Dan ternyata benar.
"Isterimu telah kembali ke rahmatullah nak" ujar pakciknya lirih nyaris tidak kedengaran. Tapi baginya umpama suara guruh yang menyambar telinganya.
"Lebih kurang pukul lapan pagi tadi".
"Innalillahi wainna ilaihi raji'un," desisnya dengan hati yang pedih. Dia tidak kuasa lagi menahan air matanya dari jatuh. Pakciknya cuba menenangkannya.
"Tapi Alhamduilillah bayinya dapat diselamatkan. ..".
"Macammana dengan keadaannya?"
" Baik, gemuk dan sihat nampaknya... tangisannya pun kuat". Alhamdulillah.
"ini ada pesanan dari isterimu" kata pakciknya sambil menyerahkan sepucuk surat yang telah lusuh.

Bismillahhirrahmani rrahim....
Abang tersayang, Puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Rabb Pencipta Alam atas rahmat, nikmat dan kurnianya. Selawat dan salam untuk Rasululllah SAW, keluarga, sahabat dan pengikutnya.
Abang, Ummi tidak dapat menulis panjang. Ummi rasa kian lemah... dan rasanya waktu Ummi semakin dekat. Ummi selalu berdoa agar anak kita lahir selamat dan tidak kurang satu atau apa pun. Kalau nanti ia lahir selamat dan Ummi tidak sempat menjaga dan membesarkannya, Ummi redha. Sebab Ummi yakin, InsyaAllah abang akan mengasuhnya seperti yang abang harapkan. Ummi tinggalkan anak itu kepada abang...
Abang, Ummi minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kiranya Ummi ada melakukan kesalahan pada abang selama kita bersama. Halalkan makan minum Ummi... dan redhalah atas pemergian Ummi ini...
Abang, Sandal yang Ummi hadiahkan itu Ummi beli dari Ukhite Hasanah, masih berbaki pembayarannya. .Kalau ternyata Ummi tidak sempat membayarnya, tolong abang bayarkan untuk Ummi yea.
Semoga Allah senantiasa melindungi dan merahmati kita.
Ameen... Wassalam
Ummi...

Kertas lusuh itu basah dengan airmatanya. Rupanya isterinya telah merasa dirinya akan menghadap ilahi. Dilipatnya kembali surat terakhir itu. Tak sempat mendengar kata-kata sejuk isterinya saat menghadapi sandalnya yang hilang itu seperti yang dibayangkan. Teringat ia akan sabda Rasulullah SAW: jihadnya wanita itu adalah saat ia melahirkan.
Sungguh beruntung engkau, Ummi. Kesedihannya perlahan tersingkir oleh rasa syukur dan bangga terhadap isterinya. Isterinya pergi setelah menyelesaikan kewajipan yang paling mulia bagi seorang wanita, iaitu melahirkan seorang bayi yang masih suci dan bersih. InsyaAllah akan selalau kujaga amanahmu ini, bisiknya seperti memperoleh kekuatan baru.


SELAMAT JALAN MUJAHIDAHKU. ..!!

03 April 2011

Published with Blogger-droid v1.6.8

Hujung Minggu

Hujung minggu dtg lagi. Selamat berhujung minggu semua!!!
Published with Blogger-droid v1.6.8
Published with Blogger-droid v1.6.8

Berhujung Minggu

Published with Blogger-droid v1.6.8

16 February 2011

KAMERA... OH KAMERA!!!!!

Assalamualaikum...
Salam Maulidur Rasul S.A.W kepada semua...
Mudah-mudahan dengan sambutan ini, bertambah-tambahlah kasih sayang kita kepada Bagin yang mulia. Aminnnn...

Sepanjang majlis marek, kamek nangga ramei yang kesinun-sitok ngembak kamera SLR. huhu...
Rasanya kinek tok dah jadi trend kali juak ooo???
Kebetulan time ya ada juak sorang kawan kamek ngembak kamera nya... so, tanpa melepaskan peluang, kamek pun pinjam la kamera nya... mok tauk juak apa yang menyebabkan sidak berminat ngan kamera-kamera tok...
Kawan kamek mpun kamera ya model Nikon D3100. Kecik kiut... sik la besar gilak.
Nok best nya, bila di'snap', tang best jak bunyi snap nya ya... sik kedak kamera CA**N opis kmkorang... mcm nak roboh jak bunyik nya bila ditekan 'snap'. Arung bulak tek mun di snap, orang sebelah rumah boleh dengar!!! Huhuhu
Rega nya nya madah dlm RM2100 pia.. huh... nang best...
Rasa maok juak nak meli.... tapi tangga la dolok...sbb mun ada kamera ya pun, nak polah apa juak?? mun ada ***** tek maok juak ngambik gamba nya banyak2.... k simpan n edit...
OOPPPSSS!!!! :P
hehehehe
kinek tuk pun mun ada kamera ya, rasa2 nya leh juak molah bisnes sampingan. hehheheehe...

Anyway, lupak nak madah...
kedong tek maulidur rasul lewat sehari dari hari kekasih... saja mok ucapkan
EBOH NAK KEJERON NYAMBUT VALENTINE YA!! XDA PAEDAH PUN... BAGUS GIK NYAMBUT MAULIDUR RASUL. ADA JUAK FAEDAH N PAHALA NYA....

Salam Maulidur Rasul SAW 1432H

12 February 2011

~ VALENTINE : KISAH & SEJARAH ~


Assalamualaikum... Hari Valentine menjelang tiba.. Timbul kerisauan teramat di dalam hatiku lantaran khuatir pada saudara seislam terutama para remaja di luar sana..

Aku tahu di luar sana telah ramai yang mengetahui sejarah di sebalik Hari Valentine.. Tapi berapa ramaikah yang telah mengetahui tetapi tidak menunjukkan yang mereka tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu lantaran nafsu telah mengusai jiwa mereka. Di sini aku sebagai hamba yang pelupa ingin mengingatkan kembali diriku dan saudara seislam perihal Sejarah Valentine.

Semoga Allah memberi petunjuk pada kita semua......


Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.
Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.
Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia.

Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".
Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.
Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.
"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.
Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud,

"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."
Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.
Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan,

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."
Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.
Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah
Rujukan dari
http://pts.com.my
Wallahu'alam~~

11 February 2011

HEBATNYA RINDU RASULULLAH KEPADA UMATNYA


Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw.Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw.


Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.?


Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya.


Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?'


Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku'


Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..

'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.''Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku''Aku sangat rindu untuk bertemu mereka'..


Sedangkan Rasulullah mempunyai rasa rindu..inikan pula kita umatnya yang manusia biasa...


Ya Rasulullah.. masukkanlah nama2 kami dan kaum keturunan kami sebagai mereka yang mendapat syafaatmu diakhirat kelak...

Kami merinduimu Ya Rasulullah.

07 February 2011

TAHUN BARU... jeng... jejenggg~~~~!!!!

dah lama agak nya tak update blog...
huhuhu...

sori la ye??? banyak pulak komitmen semenjak masuk tahun baru 2011 ni...

dari bulan 11 tahun 2010, hungga sekarang.... agaknya adala dalam 3 bulan lebih tak update blog... hehehehehe...
dalam masa tu jugak, banyak perkara yang dah berlaku di sekeliling...
untuk beberapa entri yang akan datang, saya akan update tentang aktiviti yang dah dilakukan dari bulan November 2010 lagi... hohoho...