26 July 2010

ESQ TRAINING


Baru je balik dari miting di HQ minggu lepas. Tapi bukan pasal ESQ. Pasal Falak dan yang berkaitan dengan Cerapan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

Tajuk ESQ ni pulak timbul time kitorang singgah opis. Hohohoho... memang banyak maklumat yang kitorang dapat. Tapi kalo nak tau jugak, boleh la rujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan, ataupun senang-senang, klik je kat bawah ni;







Moral of the story... "Siasat sebelum membuat keputusan"

20 July 2010

EKSIDEN!!!!

Entri hari ini berkenaan dengan EKSIDEN!!
Hohoho... nak dijadikan cerita lepas je mandi dan bersiap-siap nak pergi kerja, tetibe telefonku berbunyik. Tengok-tengok rupanya rakan seofis yang call.
"Ello..."
"In, aku dengan si Bol mo tumpang mandi di rumah ko....Teda air ba ni"
"Ba, buli ba..."
"Ok. Jap lagi kami sampai aaa??"
"Ba, iya la..."
Itu lah rakan-rakan ku. Untuk pengetahuan semua di Labuan ni ada satu masalah yang amat kritikal. AIR!! Dan ada sesetengah tempat mengalami gangguan bekalan air yang ketara. Dan tempat yang memang kompom kena adalah di kawasan perumahan tempat tinggal rakan-rakan seopis ku ni. Nasib baik aku punye rumah sewa takde masalah. Hehehehe... Alhamdulillah..
Lepas je tekan punat telefon tu, aku tengok jam...
Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. "Aku masuk kerja pukul 8.30 pagi. Lambat lagi tu... Takpe, boleh tunggu diorang lagi ni".
aku pun teruskan mengemas rumah dan apa yang patut.
25 minit berlalu....
"Ek, takkan tak sampai-sampai lagi kot? Selalunya cepat je diorang sampai. 15 minit patut dah sampai dah"
Tanpa mengesyaki apa-apa, aku pun teruskan melipat baju dan kemas-kemas rumah...
Pukul 7.30, terdengar deruan motosikal rakanku di luar rumah. Buka je pintu, si kawan tu bagitau
"S**l punya kereta... Dah la signal kereta nda nampak... Keluar-keluar kereta terus kami kena maki"
EK??? Aku tergamam... Ni apehal plak ni???
Cerita punya cerita, rupanya diorang lambat tu sebab terlibat dengan kemalangan kecil... Motosikal yang dorang naik tu berlanggar dengan kereta saga lama. Dari apa yang diorang cerita dan aku dengar, signal kereta saga tu dah kusam, memang tak nampak langsung. So si penunggang dan pembonceng ni tak nampak la signal light si saga tu tadi. Tau-tau je, GEDEBUM!!! Dah berlanggar!
Nasib baik takde apa-apa. Cuma luka ringan dan lebam sikit.
hohoho.... terus Kitorang pergi kerja sama-sama. Motosikal tinggal kat aku nyer rumah!!
Teringat pulak kisah aku dan kawan-kawan terlibat dalam eksiden mase praktikal dakwah dulu. Eksiden teruk la jugak. Nasib baik takde pape.
Time tu kami baru balik dari Betong, selepas survey tempat praktikal amali dakwah bagi Final Year. Masih ingat lagi peristiwa tu berlaku pada hari Jumaat. Kitorang ada 5 orang. Dalam ramai-ramai tu, sorang je yang ada lesen kereta. So, dengan kata sepakat, kami pun sewa proton saga.
Time pegi tu, alhamdulillah takde masalah. Yang menjadi masalahnye, time balik ke Kuching. Masa tu aku perasan lagi, semua tidur, kecuali aku dan driver. Sbb time tu aku tidur-tidur ayam jek. Aku duduk kat seat belakang, belah kiri, tepi sekali. Kira-kira dalam sejam lagi nak sampai ke tempat pengajian kami, tengah mata nak terlelap, tiba-tiba aku rasakan kereta yang kitorang naik tu macam terbang. Lepas tu GEDEBUUUMM!!! Bukak je mata, kitorang semua dah tunggang langgang dah dalam kereta tu. "MasyaAllah... Eksiden!!!!"
Sedaya upaya aku dan kengkawan yang lain merangkak keluar dari kereta tu. Tengok2, kereta tu dah terhumbandari tepi jambatan, terbalik dan landing betul-betul kat tebing sungai!! Subhanallah... Nasib baik tak jatuh dalam sungai!! Kalo tak, memang lemas la kitorang semua. Perkara pertama sekali yang kitorang buat, pastikan semua orang ada dan check kadar kecederaan masing-masing. Mujur xde yang patah-patah, just luka-luka ringan dan lebam je.
Lepas tu, ramai orang mengerumun. Ada yang tolong dan tidak terkecuali ada yang tolong tengok dan tolong cakap...(typical Malaysians).
Bila tengok balik kereta yang kitorang pakai tu, tak siapa sangka yang kami selamat. Ade yang mcm tak percaya bila kitorang bagitau kitorang yang jadi mangsa. Ada jugak yang cakap area kat situ memang KERAS. Ramai jugak la yang dah melayang nyawa kat situ. Tapi ade sorang pakcik tu bgtau kat kitorang, itu mungkin bukan ajal kami sebab tak mungkin ade orang yang selamat kalo eksiden mcm tu...
Bila disiasat, rupa-rupanya kitorang punya driver tu terlelap time driving. Allah..... Sekejap je terlelap, dah jadi mcm tu. Tak tau mcm mane semua boleh selamat. Tapi apa yang pasti, hajat kitorang adalah nak sampai ke tempat pengajian seboleh-bolehnya sebelum orang solat Jumaat. Mungkin Allah masih nak pelihara keselamatan kami atas apa yang kami hajati, Wallahu'alam.
Kes tu kitorang setelkan secara peribadi dan cerita ni adalah salah satu cerita yang aku simpan sampai sekarang....
Ada 2 pengajaran yang aku dapat dalam kejadian ni...
Pertama : Sentiasa la berhati-hati di jalan raya
dan yang kedua : Sesungguhnya Allah Maha Luas Rahmat dan Kasih SayangNya.
Bila dikenang balik peristiwa tu, memang membuatkan aku insaf sampai ada kalanya menitiskan air mata...

18 July 2010

Besi Menurut Al-Quran dan Sains


Dalam surah AlHadid, ayat ke-25, Allah s.w.t berfirman:

"Dan kami turunkan besi yang di dalamnya mempunyai kekuatan yang amat dahsyat dan memberi manfaat untuk manusia"

Ayat ini diturunkan kepada Rasullullah untuk menerangkan penciptaan dan asal usul besi. Sayugia diingatkan kata kunci bagi ayat ini ialah istilah kami turunkan.

Mengikut pakar-pakar sains, keadaan fizikal bumi tidak mampu menghasilkan besi. Penciptaan besi memerlukan darjah kepanasan yang amat melampau. Malah matahari yang kepanasan permukaannya 6000 darjah celcius dan 20 juta darjah celcius kepanasan di terasnya, masih tidak mampu untuk memproses dan menghasilkan logam berat seperti besi ini.

Suhu bumi jauh lebih rendah daripada matahari dan sudah tentu tidak mampu menghasilkan besi. Ahli sains percaya besi berasal dari bintang yang mempunyai saiz yang bekali-kali ganda lebih besar dan darjah kepanasan yang beribu-ribu kali ganda daripada matahari.

Berbilion tahun yang lalu, melalui proses evolusi, bintang-bintang itu akan meletup (dying star) dan akan menebarkan besi ke seluruh cakerawala. Ketulan besi akan bertaburan di angkasa lepas dan akan ditarik oleh graviti bumi. Melalui tempoh yang cukup lama, ketulan-ketulan besi yang ditarik itu akan membentuk teras bumi.

Perkara yang menarik di sini ialah besi tidak dihasilkan di bumi. Ayat alQuran di atas dengan yakin menegaskan besi diturunkan atau dihantar dari suatu tempat yang lain. Hal ini jelas sekali kerana Allah menggunakan istilah "anzalna = kami turunkan. Lazimnya Allah menggunakan "jaalna atau kholaqna = kami jadikan.

Selalunya Allah menggunakan kedua-dua istilah tersebut apabila membicarakan penciptaan manusia, langit, bumi dan sebagainya. Namun dalam kes penciptaan besi, Allah gunakan istilah "anzalna"= kami turunkan untuk menunjukkan bagaimana Allah ciptakan besi di tempat yang lain dan lebih tinggi lalu dihantar ke bumi. Perkataan anzalna juga selalu digunakan oleh al-Quran apabila membicarakan penciptaan air hujan(wa anzalnal ma' u minassama'i = Dan kami turunkan air hujan dari langit )

Sebagai maklumat tambahan, ayat yang ke-25 daripada surah Al-Hadid yang dirujuk sebagai besi mempunyai dua maklumat matematik yang menarik perhatian semua. Surah Al-Hadid adalah merupakan surah yang ke-57 dalam al-Quran dan bilangan perkataan Al-Hadid di dalam surah ini mempunyai bilangan yang sama dengan bilangan surah, iaitu 57 perkataan. Manakala bilangan perkataan Hadid pula adalah sebanyak 26 perkataan, iaitu menyamai bilangan atom bagi besi (ferum) iaitu 26 jika dirujuk di dalam Jadual Kimia yang kita pelajari.

Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu tatkala pada masa itu pengetahuan tentang alam terlalu cetek. Namun hanya pada zaman moden ini, ahli-ahli sains dapat merungkai persoalan tentang kewujudan besi di bumi walhal AlQuran telah meceritakan hal ini lebih 1400 tahun yang lalu.

Subhanallah!
Oleh itu, hendaklah kamu berfikir.......

15 July 2010

Tulang Rusukku

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lenatidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuksementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadimembosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuahpertengkaran WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untukberpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapisudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukanWANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di manabanyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamutahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.


WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salahseorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinyadan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnyadia patahkan.......

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kitacintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuasudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akanmenyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besarrisiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Israk dan Mikraj


Semasa merewang-rewang dalam alam maya, saya terjumpa satu artikel berkenaan dengan Peristiwa Israk dan Mikraj.

Oleh kerana kebetulan tak lama lagi Israk dan Mikraj dan akan datangnya bulan RAmadhan Al-Mubarak, elok lah kiranya kita menyelusuri peristiwa ajaib dan menakjubkan yang pernah dilalui oleh kekasih kita Rasulullah s.a.w sebagai renungan dan panduan kita bersama...

(Jangan baca je, tapi ambik pengajaran dari kisah ni.....)

Kalo nak baca, boleh klik di sini;

14 July 2010

Budak Sekolah Rendah


Hari ni ada program melibatkan kanak-kanak riang!!! hohohoho... kami dapat jemputan dari pihak Sekolah Kebangsaan Pekan 1 untuk buat pameran bagi Minggu Isra' dan Mi'raj yang akan datang tak lama lagi...

Pameran tu melibatkan semua unit dan yang paling mendapat sambutan adalah dari Unit Falak Syar'ie. Penukaran tarikh lahir Miladiah (masihi) kepada tarikh Hijri (hijrah). Huhuhu... Punyalah ramai bebudak yang datang.... sampai tak menang tangan dibuatnye... huhuhuhu...
tapi seronok jugak... macam-macam perangai lah ada...

hehehe... buat teringat zaman persekolahan dulu...

ada satu peristiwa... time tu darjah tiga, cikgu kelas takde sebab cuti bersalin. So, cikgu sit-in je la yang ada. Nak dijadikan cerita, cikgu sit-in hari tu tak pulak masuk... so kitorang buat la kerja masing2 (bebudak mane reti buat kerja masing2... kitorang buat bising la...hahahaha). Tetiba budak pompuan kecoh sebab ada sorang kawan tu dapat tangkap seko cicak.

So, konon-konon nak jadik McGuyver la(cite popular time tu pasal sorang mamat omputeh yang pandai n genius, boleh buat ape jek dengan barang2 terbuang), si kawan tu pegi ikat kepala cicak tu dengan dawai, pas tu cucuk kat soket outlet (soket plug) dekat kipas. bila dia onkan suis tu, POMMMM!!! yg saya ingat time tu saya nampak cicak tu jadik terang macam lampu pendaflour kat rumah! Kecoh satu skolah black-out pasal kejadian tu... tapi yang peliknya xde plak pihak skolah pegi check.... tengok2 si cicak tu plak dah jadik itam legam... and, for the rest of the day, sume kami senyap jadik budak baik sebab takut kena denda.....

Kalu la cikgu tau time tu, suma matiii ooooooooooo!!!! huahuahua.....
Pricelesss!!!! ^_^



setting and atur apa yang patut!

kerja-kerja! senyum-senyum! minum-minum!

tuu diaaa.... punyalah ramai yang beratur!!!


dapat cenderahati dari pihak sekolah

13 July 2010

Ru'yah Hilal Berkala (RHB)




Alhamdulillah,

Masuk hari ke-2 Ru'yah Hilal Berkala Sya'aban, anak bulan kelihatan pada jam 6.32 p.m.
pada mulanya, kelihatan samar-samar sebab sinaran matahari masa tu masih terang. Pada jam 7.05 p.m, barulah kelihatan hilal bagi bulan Sya'ban 1431H....

Alhamdulillah sebab Allah permudahkan tugas kami hari ini....

Tapi, sebelum cerapan anak bulan tu, kitorang buat cerapan matahari dulu.... Cerapan matahari... emmm...mcm mana nak terang ek??? huhuhuhu....

Tapi kalo nak tengok matahari, kene pakai alat khas. Kalo tak mata boleh terbakar OOO!!!

Ni, disertakan sekali rupabentuk wajah matahari kesayangan semua masa cerapan tadi...

Don't Take For Granted of Everything That Allah Have Given Us.... ^_^





semalam buat cerapan rukyah hilal berkala (RHB) di tapak cerapan... kebetulan time tu keadaan mendung n berawan... so, anak bulan tak kelihatan la...

huhuhu... ini la sebahagian dari bidang tugas yang kitorang buat. balik memang lewat. tapi kelebihannya bila tiba time nak puasa or nak raya... sbb kitorang yang tau lebih dulu bila start puasa n raya..... hehehe......

ingat lagi peristiwa tahun lepas. masa tu tengah buat Cerapan Hilal Syawal. Kitorang jemput ramai la jugak.... ada la lebih kurang 50 orang... sbb nak tengok anak bulan Syawal... hehehehe..... dari jam 4.30 petang sampai 8.00 malam. Saya punya enfon tak boleh duduk diam. Ada je yang bagi sms bertanyakan bila raya.... tak kurang jugak yang call..... hehehehehehe

walau apapun, kerja ni memang best!!!


How about you?


Once Upon A Time......

Assalamualaikum....

Ada blog, tapi memang dah lama tak update.... huhuhuhu
mcm mana nak cakap ek?? hmm. sy ni jenis malas ckit kalo bab tulis2 @ kongsi2 masalah/cerita dengan orang lain..
ntah la... memang dah mcm tu perangai sejak azali lagi...
ingat lagi time kecik2 dulu..... mase tu curik2 mandi sungai ngan kengkawan... ntah mcm mana tengah syok2 saya mandi kat tepi sungai yang cetek tu (f.y.i = i don't know know to swim untill today!!! ehek!! :P ) tetiba saya terpijak lubang (or was it? i don't know) terus tenggelam.... punya lah susah n seksa nak bernafas time tu.... (agaknye mcm ni la rasa orang lemas ye?) tapi, memang dah nak lemas pun time tu....
tetibe rasa mcm tangan kene tarik ke atas... nasib baik ada sorang kawan yang memang terer berenang perasan... kalo tak, na'uzubillah..... huh!!!
so, cerita tu saya simpan sampai sekarang... xpernah pun cerita kat orang lain.....
agak2 geng2 yang sama ikut mandi time tu ingat lagi tak cerita nih???

Life is Interesting.... ^_^