18 July 2010

Besi Menurut Al-Quran dan Sains


Dalam surah AlHadid, ayat ke-25, Allah s.w.t berfirman:

"Dan kami turunkan besi yang di dalamnya mempunyai kekuatan yang amat dahsyat dan memberi manfaat untuk manusia"

Ayat ini diturunkan kepada Rasullullah untuk menerangkan penciptaan dan asal usul besi. Sayugia diingatkan kata kunci bagi ayat ini ialah istilah kami turunkan.

Mengikut pakar-pakar sains, keadaan fizikal bumi tidak mampu menghasilkan besi. Penciptaan besi memerlukan darjah kepanasan yang amat melampau. Malah matahari yang kepanasan permukaannya 6000 darjah celcius dan 20 juta darjah celcius kepanasan di terasnya, masih tidak mampu untuk memproses dan menghasilkan logam berat seperti besi ini.

Suhu bumi jauh lebih rendah daripada matahari dan sudah tentu tidak mampu menghasilkan besi. Ahli sains percaya besi berasal dari bintang yang mempunyai saiz yang bekali-kali ganda lebih besar dan darjah kepanasan yang beribu-ribu kali ganda daripada matahari.

Berbilion tahun yang lalu, melalui proses evolusi, bintang-bintang itu akan meletup (dying star) dan akan menebarkan besi ke seluruh cakerawala. Ketulan besi akan bertaburan di angkasa lepas dan akan ditarik oleh graviti bumi. Melalui tempoh yang cukup lama, ketulan-ketulan besi yang ditarik itu akan membentuk teras bumi.

Perkara yang menarik di sini ialah besi tidak dihasilkan di bumi. Ayat alQuran di atas dengan yakin menegaskan besi diturunkan atau dihantar dari suatu tempat yang lain. Hal ini jelas sekali kerana Allah menggunakan istilah "anzalna = kami turunkan. Lazimnya Allah menggunakan "jaalna atau kholaqna = kami jadikan.

Selalunya Allah menggunakan kedua-dua istilah tersebut apabila membicarakan penciptaan manusia, langit, bumi dan sebagainya. Namun dalam kes penciptaan besi, Allah gunakan istilah "anzalna"= kami turunkan untuk menunjukkan bagaimana Allah ciptakan besi di tempat yang lain dan lebih tinggi lalu dihantar ke bumi. Perkataan anzalna juga selalu digunakan oleh al-Quran apabila membicarakan penciptaan air hujan(wa anzalnal ma' u minassama'i = Dan kami turunkan air hujan dari langit )

Sebagai maklumat tambahan, ayat yang ke-25 daripada surah Al-Hadid yang dirujuk sebagai besi mempunyai dua maklumat matematik yang menarik perhatian semua. Surah Al-Hadid adalah merupakan surah yang ke-57 dalam al-Quran dan bilangan perkataan Al-Hadid di dalam surah ini mempunyai bilangan yang sama dengan bilangan surah, iaitu 57 perkataan. Manakala bilangan perkataan Hadid pula adalah sebanyak 26 perkataan, iaitu menyamai bilangan atom bagi besi (ferum) iaitu 26 jika dirujuk di dalam Jadual Kimia yang kita pelajari.

Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu tatkala pada masa itu pengetahuan tentang alam terlalu cetek. Namun hanya pada zaman moden ini, ahli-ahli sains dapat merungkai persoalan tentang kewujudan besi di bumi walhal AlQuran telah meceritakan hal ini lebih 1400 tahun yang lalu.

Subhanallah!
Oleh itu, hendaklah kamu berfikir.......

1 comment:

Unknown said...

based on your article, i want to "I'm Proud To Be A Muslim "... Good Luck..