20 July 2010

EKSIDEN!!!!

Entri hari ini berkenaan dengan EKSIDEN!!
Hohoho... nak dijadikan cerita lepas je mandi dan bersiap-siap nak pergi kerja, tetibe telefonku berbunyik. Tengok-tengok rupanya rakan seofis yang call.
"Ello..."
"In, aku dengan si Bol mo tumpang mandi di rumah ko....Teda air ba ni"
"Ba, buli ba..."
"Ok. Jap lagi kami sampai aaa??"
"Ba, iya la..."
Itu lah rakan-rakan ku. Untuk pengetahuan semua di Labuan ni ada satu masalah yang amat kritikal. AIR!! Dan ada sesetengah tempat mengalami gangguan bekalan air yang ketara. Dan tempat yang memang kompom kena adalah di kawasan perumahan tempat tinggal rakan-rakan seopis ku ni. Nasib baik aku punye rumah sewa takde masalah. Hehehehe... Alhamdulillah..
Lepas je tekan punat telefon tu, aku tengok jam...
Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. "Aku masuk kerja pukul 8.30 pagi. Lambat lagi tu... Takpe, boleh tunggu diorang lagi ni".
aku pun teruskan mengemas rumah dan apa yang patut.
25 minit berlalu....
"Ek, takkan tak sampai-sampai lagi kot? Selalunya cepat je diorang sampai. 15 minit patut dah sampai dah"
Tanpa mengesyaki apa-apa, aku pun teruskan melipat baju dan kemas-kemas rumah...
Pukul 7.30, terdengar deruan motosikal rakanku di luar rumah. Buka je pintu, si kawan tu bagitau
"S**l punya kereta... Dah la signal kereta nda nampak... Keluar-keluar kereta terus kami kena maki"
EK??? Aku tergamam... Ni apehal plak ni???
Cerita punya cerita, rupanya diorang lambat tu sebab terlibat dengan kemalangan kecil... Motosikal yang dorang naik tu berlanggar dengan kereta saga lama. Dari apa yang diorang cerita dan aku dengar, signal kereta saga tu dah kusam, memang tak nampak langsung. So si penunggang dan pembonceng ni tak nampak la signal light si saga tu tadi. Tau-tau je, GEDEBUM!!! Dah berlanggar!
Nasib baik takde apa-apa. Cuma luka ringan dan lebam sikit.
hohoho.... terus Kitorang pergi kerja sama-sama. Motosikal tinggal kat aku nyer rumah!!
Teringat pulak kisah aku dan kawan-kawan terlibat dalam eksiden mase praktikal dakwah dulu. Eksiden teruk la jugak. Nasib baik takde pape.
Time tu kami baru balik dari Betong, selepas survey tempat praktikal amali dakwah bagi Final Year. Masih ingat lagi peristiwa tu berlaku pada hari Jumaat. Kitorang ada 5 orang. Dalam ramai-ramai tu, sorang je yang ada lesen kereta. So, dengan kata sepakat, kami pun sewa proton saga.
Time pegi tu, alhamdulillah takde masalah. Yang menjadi masalahnye, time balik ke Kuching. Masa tu aku perasan lagi, semua tidur, kecuali aku dan driver. Sbb time tu aku tidur-tidur ayam jek. Aku duduk kat seat belakang, belah kiri, tepi sekali. Kira-kira dalam sejam lagi nak sampai ke tempat pengajian kami, tengah mata nak terlelap, tiba-tiba aku rasakan kereta yang kitorang naik tu macam terbang. Lepas tu GEDEBUUUMM!!! Bukak je mata, kitorang semua dah tunggang langgang dah dalam kereta tu. "MasyaAllah... Eksiden!!!!"
Sedaya upaya aku dan kengkawan yang lain merangkak keluar dari kereta tu. Tengok2, kereta tu dah terhumbandari tepi jambatan, terbalik dan landing betul-betul kat tebing sungai!! Subhanallah... Nasib baik tak jatuh dalam sungai!! Kalo tak, memang lemas la kitorang semua. Perkara pertama sekali yang kitorang buat, pastikan semua orang ada dan check kadar kecederaan masing-masing. Mujur xde yang patah-patah, just luka-luka ringan dan lebam je.
Lepas tu, ramai orang mengerumun. Ada yang tolong dan tidak terkecuali ada yang tolong tengok dan tolong cakap...(typical Malaysians).
Bila tengok balik kereta yang kitorang pakai tu, tak siapa sangka yang kami selamat. Ade yang mcm tak percaya bila kitorang bagitau kitorang yang jadi mangsa. Ada jugak yang cakap area kat situ memang KERAS. Ramai jugak la yang dah melayang nyawa kat situ. Tapi ade sorang pakcik tu bgtau kat kitorang, itu mungkin bukan ajal kami sebab tak mungkin ade orang yang selamat kalo eksiden mcm tu...
Bila disiasat, rupa-rupanya kitorang punya driver tu terlelap time driving. Allah..... Sekejap je terlelap, dah jadi mcm tu. Tak tau mcm mane semua boleh selamat. Tapi apa yang pasti, hajat kitorang adalah nak sampai ke tempat pengajian seboleh-bolehnya sebelum orang solat Jumaat. Mungkin Allah masih nak pelihara keselamatan kami atas apa yang kami hajati, Wallahu'alam.
Kes tu kitorang setelkan secara peribadi dan cerita ni adalah salah satu cerita yang aku simpan sampai sekarang....
Ada 2 pengajaran yang aku dapat dalam kejadian ni...
Pertama : Sentiasa la berhati-hati di jalan raya
dan yang kedua : Sesungguhnya Allah Maha Luas Rahmat dan Kasih SayangNya.
Bila dikenang balik peristiwa tu, memang membuatkan aku insaf sampai ada kalanya menitiskan air mata...

4 comments:

Lukisan Alam said...

dan yang ketiga: jangan kasi chance terlelap semasa driving.. hihi.. ramai orang tersayang menanti kehadiran/ kepulangan anda dengan selamatnya...

hehe... (yep, rahmat Allah sungguh luas x terkira banyaknya... kita je tak perasan malah menyalahkan pula takdir yg menimpa.. )

cik_mazni said...

antara pengalaman yg x kan sy lupakan sampai bila2..btul2 trauma bila sampai bandar sibu..huhuhu~ :(

Lukisan Alam said...

aik, cik miezz pn ada pengalaman ngeri juga. alamak2, buleh korek ka? mo jg denga dan amik iktibar

cik_mazni said...

saat di kala masih 'hijau' lagi memegang stereng kereta, ada hikmah semua ini berlaku..kalau x, mgkn sy x kan jd seberani sekarang..~ ^_^