11 August 2010

Ahlan Ya Ramadhan 1431H

Pejam celik, pejam celik dah pun berjumpa dengan Ramadhan 1431H setelah berpisah selama setahun dengan Ramadhan 1430H. Syukur pada Allah kerana telah memanjangkan hayatku sehingga ke hari ini.
Semalam kami buat cerapan Hilal Razmi Ramadhan 1431H. Ramai jugak yang datang. Overall, memang puas hati. Hehehe...
Dan pagi tadi, hatiku terdetik dan sayu. Bangun-bangun je dari tidur, mataku terus berair. Aku dihidangkan dengan mimpi yang indah. Arwah mak datang menjengahku. Mukanya begitu cantik dan berseri. Mungkin Allah nak tunjukkan bahawa jika aku tak putus-putus berdoa kepada kedua orang tuaku, Insya-Allah akan dipelihara dengan baik di dunia sehingga akhirat.

2 comments:

Ummu Fateh said...

simple jak entri tok, tp sebak juak dibaca.baruk jak madah ngan sorang adik tek, mun rindu ngn keluarga, sadukan dalam doa2 kita pda si Dia...pada yang pergi, mudahan mereka ditempatkan di kalangan yang soleh2... Salam Ramadhan. Slamat Beribadah =)

cik_mazni said...

ya...hanya Allah jak tauk cmney rasanya kita menangis kerana mak kita~ :'(