12 August 2010

Petanda Islam Itu Tinggi






Greenwich Mean Time akan diubah kepada Mekah???
by lAl

Setelah 126 tahun dunia menggunakan Greenwich sebagi pusat untuk penetapan masa di seluruh dunia. Kini, Arab Saudi sedang berusaha keras untuk menjadikan Mekah sebagai pust penetapan masa. Ini akan berlaku selepas selesainya pembinaan menara jam yang terbesar di dunia.Menara jam ini setinggi tinggi 601 meter dianggarkan menjadi banggunan kedua tertinggi di dunia selepas Taipei 101. Namun kewujudan Burj Khalifa telah meletakkannya sebagai yang ke 3 tertinggi di dunia.

Terdapat 21000 lampu LED bewarna putih dan hijau dilengkapkan di bahagian atas jam yang mana pancaran cahaya itu boleh dilihat dari jarak 30 kilometer untuk memberi isyarat tentang kewajipan solat 5 waktu setiap hari. Pada musim tertentu seperti haji, 16 buah lampu menegak akan dipancarkan ke langit yang memancarkan cahaya menerangi langit sjauh 10 kilometer.Apa yang pihak Arab Saudi mahukan ialah bukan sahaja jam yang besar, tetapi menjadikan Mekah sebagai pusat untuk penetapan jam dunia.

Dalam satu persidangan di Doha pada tahun 2008, pengkaji dan saintis Islam telah memberikan bukti saintifik bahawa Mekah merupakan kawasan meridian global paling tepat. Maka dengan itu, pada hakikatnya Mekah sememangnya merupakan pusat dunia. Standard Greenwich yang digunapakai kini telah ditukarkan oleh pihak barat pada tahun 1884.Maka dari projek mega ini, kita perlulah menghayati keindahan Islam. Bukan tujuan untuk bermegah. Kerana umat Islam perlu bersatu. Apabila bersatu, maka kita akan berkuasa.

No comments: