12 August 2010

The Second Day of Ramadhan 1431H


The second day of Ramadhan.... hehehehehe

Hari ni aktiviti dimulakan dengan bersahur. Makan ala kadar jek... tapi alhamdulillah sehingga entri ini ditaip, saya masih lagi dapat mengekalkan puasa di tahap yang baik.

Pagi ni, saya berceramah di Masjid Jamek. Ceramah pasal apa yang akan berlaku apabila Ramadhan tiba dan apa yang selalunya kita akan TER'miss' bila tiba waktu Ramadhan. Audien terdiri daripada guru-guru Sekolah Rendah Agama Islam di seluruh Pulau ni. Ada jugak daripada jabatan-jabatan kerajaan.

Overall, ceramah berjalan lancar, tanpa ada masalah. :)

Sempat jugak berkongsi maklumat dengan para hadirin tentang waktu yang memang mustajab doa kita. Di bawah ni, saya ada sertakan beberapa poin yang telah dikongsi bersama ketika ceramah itu tadi...


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

(9). Ketika Saat Sedang Hujana

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

(11). Ketika Lailatul Qadar

(12). Doa Ketika Hari Arafah

No comments: